SAUDARA PENGARANG,BARU-baru ini saya berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penyelesaian cukai kerana berhenti kerja. Saya menjangkakan urusan itu berjalan lancar kerana yakin dengan kecekapan setiap pegawai yang berkhidmat. Mungkin kes yang saya hadapi ini adalah kecil tetapi luahan ini wajar dijadikan iktibar agar LHDN memperbaiki mutu perkhidmatannya. Kisahnya saya telah mengisi dan menghantar segala borang yang diperlukan untuk mendapatkan surat penyelesaian cukai terhadap apa-apa tunggakan cukai sekiranya…










