KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seramai 150 orang peguam disediakan dalam himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812, untuk mempertahankan peserta seandainya mereka ditahan oleh pihak berkuasa ketika menyertai perhimpunan tersebut. Perkara itu diumumkan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa yang juga seorang peguam. Katanya, khidmat tersebut disediakan bersama rakan-rakan peguam beliau. Ketika diberi peluang untuk berucap, Zambri berkata,…










