SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad perlu merujuk dahulu kepada kerajaan negeri Selangor berhubung menjadikan Shah Alam sebagai kawasan uji kaji Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, ini berikutan Shah Alam merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri selain melibatkan kesejahteraan rakyat Selangor. “Beliau (Khalid) sewajarnya merujuk kepada kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. “Perkara ini melibatkan…










