Khalid mohon ampun kepada Allah, Rasullulah - Utusan Malaysia

Khalid mohon ampun kepada Allah, Rasullulah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad memohon maaf di atas salah faham berhubung kenyataan beliau sehingga mewujudkan tanggapan Pakatan Harapan (PH) mahu menutup kelemahan dalam melaksanakan manifesto dengan menyandarkannya kepada Nabi Muhammad SAW.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau tidak berniat menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Rasulullah atau menuduh baginda mungkir janji.

Jelasnya, apa yang ingin disampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha, namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana sepenuhnya.

“Saya menerima segala teguran yang dibuat dengan hati terbuka dan terima kasih.

“Jika ada yang faham begitu (seolah Rasulullah mungkir janji), saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah SWT dan Rasulnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khalid dalam Konvensyen Amanah hari ini dilaporkan berkata, Nabi Muhammad SAW juga pernah tidak dapat menunaikan janji apatah lagi manusia biasa,

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji bukan disengajakan tetapi akibat kekangan semasa iaitu tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN