Khairy harap Dr. Mahathir jangan pecat Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

Khairy harap Dr. Mahathir jangan pecat Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis.- Ketika banyak pihak mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, lain pula pandangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Mungkin secara sinis, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berharap Dr. Mahathir tidak memecat Waytha Moorthy termasuk Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.


“Harap @chedetofficial tidak memecat Waythamoorthy dan @maszlee. Mereka ini aset bagi pembangkang,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.


Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau belum memutuskan sama ada Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.


Jelas, Dr. Mahathir rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut namun terpulang kepadanya untuk membuat keputusan sambil memberitahu beliau berpuas hati dengan prestasi Waytha Moorthy.


Sementara itu, Khairy menerusi satu lagi hantaran di Twitter sebelum itu turut mempersoalkan kemampuan Waytha Moorthy dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.


“Waytha Moorthy menjaga portfolio perpaduan. Jelas beliau mencetus kemarahan orang ramai.


“Bagaimana beliau mampu memupuk perpaduan? Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat? Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau. @chedetofficial,” katanya.- UTUSAN ONLINE.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN