KLANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Alam Shah di sini sebentar tadi.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mohd. Khairuddin, 47, akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan.
Perlantikan beliau adalah bagi mengisi kekosongan Exco selepas Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin yang telah meninggal dunia akibat kanser usus pada 2 Ogos lalu.
Beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan graduan undang-undang juga adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Perlantikan Mohd. Khairuddin itu melengkapkan senarai penuh 10 Exco Selangor.- K! ONLINE










