SWANSEA, Britain – Seorang wanita merasakan seolah-olah ‘melahirkan’ tujuh bayi serentak selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista ovari seberat 26 kilogram(kg) yang terdapat dalam perutnya. Keely Favell, 28, merasakan dirinya semakin gemuk apabila sista tersebut membesar sejak empat tahun lalu tetapi mengambil keputusan berjumpa doktor selepas dia pengsan di tempat kerja. Doktor mulanya mendakwa dia mengandung walaupun tiga ujian kehamilan adalah negatif. Imbasan CT bagaimanapun mendedahkan terdapat sista besar yang…










