KUALA LUMPUR 19 Dis – Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Memetik laporan akhbar The Star, Adi Azuan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi ini bagi mendapatkan reman. Akhbar berbahasa Inggeris ini mendedahkan, Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina…










