KUALA LUMPUR – Kes pecah amanah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusof selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, tarikh bagi pengurusan kes itu akan ditetapkan kemudian. Terdahulu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili…










