Kertas siasatan pemandu lori lawan arus diserah esok - Utusan Malaysia

Kertas siasatan pemandu lori lawan arus diserah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 9 Dis. – Kertas siasatan berhubung tindakan pemandu lori tangki yang memandu melawan arus di Kilometer 27 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Jumaat lalu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritenden Azizan Tukiman berkata, setakat ini pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan mengenai tindakan pemandu lori berusia 59 tahun itu untuk tindakan lanjut.

“Pemandu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam selepas keterangannya diambil. Selain itu, ujian air kencing dan alkohol terhadap pemandu terbabit adalah negatif.

“Kita akan serahkan kertas siasatan tersebut kepada DPP esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang Jumaat lalu, pemandu terbabit telah bertindak memandu lori tangki bermuatan bahan kimia secara melawan arus di Kilometer 27, SKVE menghala ke Teluk Panglima Garang dekat sini.

Malah, selepas video kejadian berdurasi 1.11 minit itu tular di laman sosial Facebook, pemandu itu berjaya ditahan 40 minit kemudian Kawasan Rehat Tanjung Dua Belas di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN