Kerjasama PAS dan UMNO kuatkan PH - Utusan Malaysia

Kerjasama PAS dan UMNO kuatkan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Kerjasama antara Pas dan UMNO memberikan kelebihan kepada parti gabungan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dalam memperkukuhkan jumlah keanggotaannya.

Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah berkata kerjasama oleh kedua-dua parti pembangkang itu antara penyumbang kepada pertambahan anggota kepada parti-parti gabungan PH.

“Kita tengok perkembangan politik hari ini khas di Kelantan apabila Pas rapat dengan UMNO ramai penyokong akar umbi daripada kedua-dua parti cederung hadir untuk menjadi anggota Amanah dan anggota kepada parti gabungan lain.

“Ini kerana kedua-dua parti  itu dilihat ketika ini tidak boleh diharapkan oleh  kedua-dua penyokong mereka,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Keanggotaan

Parti Amanah Negara Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, yang menyaksikan 1,154 orang menyerahkan borang bagi menyertai Amanah.

Wan Rahim berkata kerjasama antara dua parti itu hanya dimahukan oleh pemimpin mereka sahaja  sebaliknya ia kurang disenangi oleh penyokong dan anggota parti.

“Mereka tidak boleh menerima antara satu sama lain, orang Pas tidak percaya kepada orang UMNO begitu juga orang Umno tidak percaya kepada orang Pas. Oleh itu mereka memilih menyertai kami (PH) dan ia terbukti apabila hampir  60 cawangan Amanah di Kota Bharu ditubuhkan oleh bekas-bekas penyokong UMNO yang  kecewa dengan kerjasama itu,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×