Kerja baik pulih tanah mendap dilakukan hari ini - MPKj - Utusan Malaysia

Kerja baik pulih tanah mendap dilakukan hari ini – MPKj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerja-kerja baik pulih jalan mendap yang menyebabkan bahagian belakang sebuah lori terbenam di dalam lubang berdiameter kira-kira lima meter di pekan Semenyih dekat sini akan disiapkan segera.

Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, Jabatan Kejuruteraan MPKj telah melantik kontraktor untuk membaik pulih jalan berkenaan bagi membolehkan pengguna melalui semula jalan itu tanpa sebarang kesulitan.

“Kontraktor yang dilantik akan melakukan kerja baik pulih pada kadar segera bagi memastikan jalan yang menempatkan saliran longkang bawah tanah itu selamat dilalui.

“Pihak kami juga mempercayai mendapan tanah yang baru pertama kali berlaku itu disebabkan oleh lori yang terlebih muatan,” katanya.

Kamarul Izlan berkata, pihaknya telah meletakkan kon di kawasan kejadian itu sebagai langkah keselamatan sehingga kerja dilakukan siap.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN