SAUDARA PENGARANG,
ISU kereta buruk yang tersadai sudah menjadi lumrah di kawasan perbandaran, mahu pun di persekitaran bandar raya. Pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya memantau secara efektif situasi ini dari semasa ke semasa.
Pun begitu, keadaan kurang elok ini tidak banyak berubah. Ketika berada di Seksyen U1, Shah Alam beberapa hari yang lalu, saya sempat berjalan ke kedai mamak berhampiran untuk minum teh tarik sementara menunggu kereta yang dibaiki siap.
Dalam perjalanan, saya terpandang ada sebuah kereta buruk yang tersadai di Jalan Penyelenggara U1/73. Dari pengamatan saya, kereta tersebut berkemungkinan sudah pun berada di situ lebih dari setahun lamanya.
PBT berkaitan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa supaya mengambil tindakan segera ke atas situasi yang tidak sihat ini.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam










