SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan meneliti isu berhubung 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) digugurkan daripada program terbabit. Beliau berkata, kerajaan tidak mahu mana-mana individu menjadi mangsa sekaligus memastikan tindakan tersebut bukan disebabkan langkah penjimatan kos yang dilaksanakan kerajaan ketika ini. “Kita akan meneliti perkara ini kerana tidak mahu sesiapa menjadi mangsa dalam usaha untuk mengurangkan kos pentadbiran negara,”…










