`Kerajaan Pusat bukan orang luar' - Tun M - Utusan Malaysia

`Kerajaan Pusat bukan orang luar’ – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Dis. – Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Kerajaan Pusat bukan orang luar yang tidak boleh masuk campur dalam urusan pembangunan tanah di sesebuah negeri di negara ini.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berlaku di seluruh negara.

“Kerajaan Pusat bukan orang luar. Kami bertanggungjawab ke atas semua perkara di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung isu Pulau Kukup di Pontian, Johor.

Menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter milik baginda, putera sulung Sultan Johor itu dilaporkan mempersoalkan kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang seolah-olah mengganggu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Pernah mendengar mengenai enakmen negeri? Mana ada surat atau menteri yang boleh masuk campur Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Tanah, agama dan air adalah kuasa di peringkat negeri. Kenyataan akhbar ini adalah jenaka. Terima kasih,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN