MARANG 23 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar jangan mempermainkan amanah dan mandat diberikan rakyat dalam menterjemah konsep Malaysia Baharu yang dilaungkan. Sebaliknya, menurut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, konsep tersebut seharusnya turut direalisasikan dalam bentuk hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri tanpa sebarang masalah. Katanya, ia penting memandangkan konsep federalisme itu adalah untuk kepentingan dan masa hadapan rakyat. Yahaya berkata, bagi kerajaan…










