Kerajaan negeri tegas tolak ICERD - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri tegas tolak ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 2 Dis. – Kerajaan negeri secara tegas menolak usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan negeri juga berikrar untuk menolak mana-mana perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Pendirian kerajaan negeri mudah dengan asas yang kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak perlu untuk meratifikasi ICERD atau mana-mana konvensyen antarabangsa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

“Kerajaan negeri juga maklum bahawa isu ini (ICERD) telah selesai dengan kenyataan dikeluarkan kerajaan Persekutuan untuk tidak meratifikasinya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN