IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan segala bantuan kepada keluarga enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Puncak Jelapang Maju, Meru semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Abdul Aziz Bari berkata, antaranya ialah kerajaan negeri akan menanggung kos pengurusan jenazah. “Saya dimaklumkan bahawa keluarga mangsa sudah melakukan persediaan untuk pengebumian, jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian. “Kebetulan…










