PULAU PINANG 13 Dis. – Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini menyerahkan perjuangan untuk mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. Ini kerana, menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kerajaan negeri menerusi semua peruntukan undang-undang yang ada telah berusaha untuk membolehkan pilihan raya PBT dilaksanakan, namun tidak berhasil sehingga kini. Sementelah, kata beliau, Zuraida juga memperlihatkan pendirian bersetuju dengan pilihan raya PBT itu…









