Kerajaan Johor rancang naik taraf kawasan perindustrian - Utusan Malaysia

Kerajaan Johor rancang naik taraf kawasan perindustrian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 19 Dis. – Kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf kawasan perindustrian di bahagian utara negeri ini membabitkan daerah Batu Pahat, Muar dan Tangkak bagi menarik lebih ramai pelabur. 


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata buat masa ini hanya kawasan perindustrian di kawasan selatan negeri ini sahaja yang dilihat mempunyai sistem yang diamalkan di negara-negara maju.

“Di kawasan Johor utara ini kita mempunyai industri perabot (Muar dan Tangkak) serta tekstil (Batu Pahat) yang mana sistemnya agak ketinggalan berbanding dengan kawasan perindustrian di kawasan selatan (Iskandar Puteri dan Kulai).


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program SWM Kasih Christmas Celebration dan Back to School 2018 di Batu Pahat Mall di sini hari ini. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN