Kerajaan jangan gelojoh mansuh hukuman mati - Perkasa - Utusan Malaysia

Kerajaan jangan gelojoh mansuh hukuman mati – Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak gelojoh untuk memansuhkan hukuman mati tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak rakyat yang bimbang dengan keselamatan mereka.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, pemansuhan hukuman mati atas alasan menjaga hak asasi manusia adalah tidak releven selain akan menimbulkan pelbagai masalah lain dalam negara.

“Sekiranya hukuman mati dimansuhkan dan diganti dengan hukuman penjara seumur hidup, kerajaan terpaksa menanggung kebajikan banduan dengan kos tinggi mencecah puluhan juta ringgit. Patutnya selesaikan lah isu kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan rakyat.

“Kes jenayah berat juga akan semakin meningkat kerana penjenayah berasa tidak takut dengan hukuman penjara seumur hidup,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, kerajaan PH perlu mewujudkan referendum rakyat atau pungutan suara bagi mendengar pendapat orang ramai sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan hukuman mati.

Katanya, pihaknya mencadangkan referendum tersebut dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tempoh selama dua bulan untuk kumpulan yang anti hukuman mati dan kumpulan pro hukuman mati berkempen di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN