JAKARTA 23 Dis. – Kementerian Sosial Indonesia menghulurkan bantuan sebanyak 1 bilion rupiah (RM287,255) untuk mangsa gempa di Anyer, Lampung dan kawasan sekitarnya. Lapor Detiknews.com, bantuan berkenaan terdiri daripada pengebumian, peralatan evakuasi hinggalah kepada keperluan asas. Bantuan terbabit akan dihantar dari Gudang Pusat Bekasi ke Perkhidmatan Sosial wilayah Lampung dan Banten.










