Kerajaan didesak segerakan BMT - Utusan Malaysia

Kerajaan didesak segerakan BMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pembangkang menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan bayaran bantuan musim tengkujuh (BMT) kepada golo­ngan penoreh getah yang sepatutnya mereka terima bulan Oktober lalu hingga Januari depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan, sebaliknya bantuan sebanyak RM200 itu tidak diterima oleh penoreh sejak bulan lalu seperti mana ditetapkan.

Persoalan kini, tegas beliau, mengapa kerajaan masih gagal melunaskan bayaran berkenaan dan di mana wang tersebut kerana BMT telah dimasukkan dalam peruntukan bajet 2018.

“Jadi kita nak tegaskan bahawa kerajaan mesti membuat pembayaran, sekarang sudah bulan Disember sebab peruntukan sudah lulus, Parlimen sudah luluskan.

“Di mana duit yang telah diluluskan Parlimen sedangkan pembayaran tidak dibuat kepada penoreh getah, segera bayar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mendesak kerajaan memenuhi memorandum isu Felda yang dibawa oleh Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).

Katanya, dalam me­morandum tersebut, Generasi me­nuntut kerajaan supaya menetapkan har­ga lantai bagi satu tan sawit pada kadar RM350 per tan metrik.

“Mereka juga mendesak kerajaan supaya membayar hasil penjualan kelapa sawit dua minggu sekali seperti sebelum ini kerana peneroka selesa dengannya.

“Selain itu, Generasi merayu kerajaan menghapuskan hutang peneroka seperti mana dijanji­kan dalam pilihan raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×