Kerajaan dalam kajian gubal Akta Pembaziran Makanan - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Kerajaan dalam kajian gubal Akta Pembaziran Makanan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Akta Pembaziran Makanan akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kewujudan akta itu dilihat penting dalam usaha kerajaan mengelak tabiat pembaziran makanan dalam kalangan rakyat.

“Purata seorang rakyat Malaysia membuang hampir satu kilogram makanan setiap hari memerlukan perhatian khusus oleh pihak berkepentingan.

“Bagi tujuan itu, kerajaan sedang mengkaji dengan teliti dari pelbagai sudut keperluan menggubal akta tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di sini hari ini.

Majlis penutupan pameran ekspo pertanian terbesar di Asia Tenggara di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini yang bermula sejak 22 November lepas itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN