Keprihatinan kerajaan Pusat, kerajaan Terengganu dapatkan wang royalti dipuji - Utusan Malaysia

Keprihatinan kerajaan Pusat, kerajaan Terengganu dapatkan wang royalti dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Dis. – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) memuji keprihatinan kerajaan Pusat dan kerajaan Terengganu yang berusaha gigih bagi memastikan wang royalti petroleum disalurkan demi keperluan rakyat negeri ini.

Penaungnya, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, jasa serta komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan Pas Terengganu yang diterajui Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung perkara itu amat dihargai dan disanjungi.

Beliau memberitahu, atas inisiatif dua pihak berkenaan telah membolehkan sejumlah RM300 juta daripada keseluruhan wang royalti petroleum itu telah dua kali disalurkan kepada kerajaan Terengganu antara Ogos hingga Oktober lalu.

“Perkembangan ini telah membuktikan kepada kita dua perkara penting iaitu sifat kebertanggungjawaban kerajaan PH selaku kerajaan Pusat dalam mengotakan janji.

“Begitu juga keprihatinan serta sikap profesional Menteri Besar Terengganu berunding terus dengan kerajaan Pusat bagi mendapatkan semula wang royalti untuk rakyat Terengganu,” kata kerabat diraja Terengganu itu dalam kenyataannya di sini.

Beliau selanjutnya kagum dengan ketegasan serta sikap tenang Dr. Ahmad Samsuri yang perlu dijadikan contoh apabila tidak berganjak daripada pendirian untuk terus memperjuangkan hak rakyat Terengganu mendapatkan wang royalti petroleum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN