Keperluan rizab Tabung Haji bukan seperti institusi perbankan - Utusan Malaysia

Keperluan rizab Tabung Haji bukan seperti institusi perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sebagai badan berkanun dan institusi kewangan bukan bank (IKBB), keperluan rizab Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidaklah seperti mana yang diperlukan oleh institusi-institusi perbankan.

Perkara itu dijelaskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk menjawab surat peringatan bertarikh 23 Disember 2015 daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, sejurus menerima surat berkenaan ketika itu, satu perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail telah dilaksana bagi mendapatkan perincian selanjutnya.

“Saya juga atas kapasiti menteri telah menjemput pemimpin pembangkang ke Tabung Haji untuk diberikan taklimat berkaitan isu rizab terbabit.

“Taklimat telah diberikan oleh ketua pegawai eksekutif serta pengurusan kanan Tabung Haji. Inilah bentuk tadbir urus telus yang menjadi amalan Tabung Haji sejak dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×