PUTRAJAYA – Kerajaan akan membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara bermula 1 Januari depan. Antara 21 lebuh raya tersebut termasuklah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuh Raya Koridor Guthrie dan Lebuh raya Kuala Lumpur – Putrajaya. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembekuan kenaikan kadar tol secara komprehensif…










