JAKARTA 24 Dis. – Kementerian Pelancongan Indonesia kini membuka pusat krisis pelancongan susulan kejadian tsunami yang melanda Banten dan Lampung pada Sabtu lalu. Jakarta Post yang memetik laporan Kompas.com melaporkan, pusat krisis yang beroperasi 24 jam itu bertanggungjawab memantau situasi di lokasi bencana dan menyelaras keadaan dengan pihak berkuasa pengurusan bencana lain. Selain itu, pusat itu akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan dan pelbagai pihak berkaitan bagi mengumpul…










