Kementerian bincang dengan kerajaan negeri, PBT - Utusan Malaysia

Kementerian bincang dengan kerajaan negeri, PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyediakan kawasan khas untuk peniaga food truck menjalankan perniagaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu perlu bagi memastikan hasrat kerajaan khususnya kementerian melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang berkenaan berjaya.

Beliau berkata, pihak kementerian sentiasa memberi sokongan kuat kepada peniaga untuk terlibat dalam perniagaan tersebut yang semakin popular di negara ini.

Pun begitu katanya, wujud kekangan di peringkat kerajaan negeri dan PBT khususnya disebabkan tiada kawasan khas untuk mereka menjalankan perniagaan.

“Di peringkat PBT dan kerajaan negeri tertentu yang masih ada lagi kekangan itu, yang sedikit itulah yg kadang-kadang merencatkan. Kementerian sudah bersungguh-sungguh, peniaga sudah dikenal pasti, trak sudah siap, tetapi masalah akhir sekali nak letak di tapak mana, kalau sangkut di situ kita agak terkilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Food Truck Malaysia (FTM) dan Penyerahan Kenderaan Program Transformasi Peniaga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, beliau akan terus membantu peniaga terbabit untuk memboleh peniaga yang berhasrat memulakan perniagaan dalam bidang berkenaan.

Jelasnya, di peringkat kementerian, pihaknya sudah ada garis panduan yang jelas bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimana membantu peniaga yang mahu menceburi perniagaan food truck. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN