Kemenangan mampu ubat duka City - Utusan Malaysia

Kemenangan mampu ubat duka City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane menyasarkan pasukannya untuk mengutip tiga mata penuh sewaktu menerima kunjungan ­Hoffenheim pada saingan Liga Juara-Juara walaupun mereka sudah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Menurut pemain antarabangsa Jerman itu, skuad The Citizens semakin dahagakan kemenangan terutamanya apabila tewas 0-2 kepada Chelsea minggu lalu.

“Kami perlu menang pada aksi menentang Hoffenheim untuk kekal di kedudukan pertama kumpulan. Sekiranya kami kekal di kedudukan tersebut, kami berpotensi untuk berjumpa dengan pa­sukan yang lebih lemah.

“Sekarang ini semua pemain mahu kembalikan motivasi selepas tewas kepada Chelsea. Kami perlu menang dengan bergaya untuk menebus kekecewaan Sabtu lalu,” katanya.

Skuad The Citizens hanya memerlukan keputusan seri untuk mengekalkan mereka di persada kumpulan F.

Selepas mengharungi lima perlawanan, pasukan bimbingan Pep Guardiola itu me­ngumpul 10 mata. Olympic Lyon mengekori rapat di kedudukan kedua dengan tujuh mata.

Dalam perkembangan sama, pemain berusia 22 tahun itu berharap para pemain dapat melupakan kekecewaan minggu lalu yang meng­akibatkan mereka turun di tangga kedua Liga Perdana England. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×