Kemenangan BN batal, tidak sah - Utusan Malaysia

Kemenangan BN batal, tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini semalam memutuskan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang, Datuk C. Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah batal dan tidak sah ekoran berlaku amalan rasuah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pempetisyen, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah dalam pilihan raya umum lalu sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan.

Dalam penghakimannya, Azizah berkata, wang yang diberikan kepada pengundi sama ada secara langsung oleh responden (Sivarraajh) atau secara tidak langsung melalui Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atau ejennya adalah supaya pengundi memilihnya.

“Saya berpendapat pempetisyen telah berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa amalan rasuah terbukti iaitu wang diberikan kepada pengundi sama ada secara langsung oleh responden atau tidak langsung melalui Wan Rosdy atau Achom (Orang Asli yang me­rupakan ejen kepada Wan Rosdy),” kata beliau sambil menambah pihaknya akan memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN