KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembangunan kemahiran pemikiran teras, kemahiran insani dan kecekalan akan dapat membantu siswazah menyesuaikan diri dalam persekitaran di tempat kerja dan ekonomi yang sentiasa berubah. Sehubungan itu katanya, sekolah dan universiti harus meningkatkan kerjasama yang erat dengan industri bagi mengelakkan sistem pendidikan negara menjadi lapuk. “Juga tidak dapat dinafikan perlunya diberi tumpuan terhadap bidang-bidang ini – teknologi digital,…










