Kekalkan perpaduan UMNO - Utusan Malaysia

Kekalkan perpaduan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Walaupun UMNO sedang berhadapan cabaran terbesar sehingga menyaksikan beberapa ahli Parlimennya bertindak meninggalkan parti, namun semua ahli yang masih setia perlu meletakkan kepercayaan terhadap kepemimpinan dan sentiasa menjaga perpaduan yang terbina.

Malah, perjuangan UMNO sebagai parti keramat Melayu menerusi falsafah dan idealisme bagi membela agama, bangsa serta agama tidak akan pernah pudar.

Itu merupakan penegasan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang mahukan setiap ahli untuk tidak meletakkan agenda selain daripada kepentingan UMNO dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi parti berkenaan.

“Dalam sejarah 72 tahun, inilah kali pertama UMNO hadapi situasi sebegini. Keadaan ini tidak pernah dilalui oleh mana-mana Presiden UMNO kecuali Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bukan senang untuk menghadapinya.

“Oleh itu, apakah boleh diselesaikan masalah jika kita bertelagah sesama sendiri dan perpaduan semakin longgar? Sesiapun menjadi pemimpin tidak akan dapat menyelesaikan masalah jika tiada kesepakatan atau asyik menyalahkan satu sama lain,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN