Kejohanan Golf Dunia cungkil bakat muda - Utusan Malaysia

Kejohanan Golf Dunia cungkil bakat muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kejohanan Golf Dunia Kanak-kanak di Tanjong Puteri Golf Resort, Johor menjadi medan terbaik mendedahkan pemain muda dalam saingan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Pertandingan melibatkan 312 pemain dari 27 negara itu telah berlangsung dari 19 hingga semalam dan ia adalah kali ketujuh berturut-turut dianjurkan.

Pengasas dan penganjur kejohanan, B. Sukumaran berkata, objektif utama pertandingan itu adalah untuk membina motivasi positif dalam kalangan peserta seawal usia lima tahun.

“Semua peserta ingin melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini kerana mahu memburu peluang layak menyertai Kejohanan Eropah di Scotland tahun depan.

“Penutup kejohanan ini adalah antara yang paling menarik apabila dapat melihat peserta muda ini meraikan hasil kerja keras mereka,” kata Sukumaran.

Antara negara yang menghantar wakil mereka adalah dari Australia, Botswana, Kanada, Finland, Perancis, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Scotland, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Thailand, Uganda, Amerika Syarikat, Vietnam dan Zambia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×