TEHRAN 22 Dis.- Jurucakap kepada Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi menganggap kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria adalah salah dan tidak logik sejak awal lagi. Kenyataan itu dibuat Ghasemi sebagai reaksi terhadap keputusan Presiden AS, Donald Trump untuk memanggil semua angkatan tenteranya yang berada di Syria untuk pulang ke tanah air. “Kehadiran tentera AS di Syria sejak awal adalah salah dan tidak logik, mengakibatkan ketidakstabilan dan gangguan keselamatan di…










