Kastam bakal terima alat pengimbas canggih - Utusan Malaysia

Kastam bakal terima alat pengimbas canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Kerajaan akan membekalkan beberapa buah alat pengimbas yang canggih bernilai RM700 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membendung aktiviti penyeludupan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, JKDM memerlukan peralatan canggih berkenaan bagi menangani aktiviti penyeludupan yang telah menyebabkan kerajaan kehilangan berbilion ringgit setiap tahun.

Beliau berkata, kerajaan merancang untuk meletakkan 55 alat pengimpas kargo yang dianggarkan bernilai RM12 juta sebuah di semua pelabuhan.

“Selain itu, lapan buah alat pengimbas bagasi dan enam alat pengimbas badan juga akan dibekal di semua lapangan terbang di seluruh negara pada penghujung tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kastam di Perumahan Kastam di sini hari ini.

Lim berkata, kerajaan tidak semestinya membeli kesemua peralatan pengimbas tersebut tetapi akan menggunakan kaedah lain seperti sewa pajak bagi mengurangkan perbelanjaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×