Keriangan dunia animasi syarikat penerbitan gergasi The Walt Disney Company sentiasa berterusan dan menjadi kesukaan masyarakat di seluruh dunia. Tentu sahaja karakter kartun daripada Disney sentiasa mengisi siaran rancangan hiburan kanak-kanak. Daripada karakter legenda Mickey Mouse, Winnie, Donald Duck, Daisy, Goofy, Pluto dan watak-watak puteri dongeng serta filem animasi yang pecah panggung, kesemuanya menjadi fenomena dan malar segar. Selepas mendominasi layar perak dan kaca televisyen, pengaruh yang sama turut menembusi…










