Kanak-kanak Orang Asli terjatuh empangan ketika memancing - Utusan Malaysia

Kanak-kanak Orang Asli terjatuh empangan ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Kanak-kanak Orang Asli dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Empangan Perting di sini petang tadi. 

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Usop Mat Arip, 8, dipercayai tergelincir ketika memancing di kawasan empangan berkenaan.

Difahamkan, bapa mangsa yang turut berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan anaknya namun gagal.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada pukul 4.30 petang.

“Pihak bomba masih menjalankan operasi mengesan kedudukan mangsa di pinggir empangan. Setakat ini (6.30 petang) mangsa belum ditemui,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN