SETIU – Hujan lebat berterusan sepanjang hari ini menyebabkan Kampung Merbau Menyusut dekat sini mula dilanda banjir. Perkampungan itu mula dinaiki bah setinggi kira-kira 0.9 meter akibat limpahan Sungai Nerus pada pukul 7 malam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebuah pusat pemindahan sementara telah dibuka di Masjid Merbau Menyusut dekat sini pada pukul 9 malam. “Seramai 40 mangsa telah 12 keluarga telah berpindah ke…










