DUNGUN – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini mula dilanda banjir hari ini. Perkampungan tersebut mula ditenggelami air bah sedalam kira-kira 0.5 meter sejak pukul 10 pagi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebuah pusat pemindahan sementara telah dibuka di Surau Kampung Besol Lama bermula pukul 1.30 tengah hari. “Setakat ini, 31 penduduk daripada lapan keluarga telah…










