KUALA KEDAH 18 Dis. – “Kami ingin berehat seketika selepas 20 hari bersama Adib yang menerima rawatan di hospital,” luah Mohd. Kassim Abdul Hamid,63, bapa kepada Allahyarham Muhamad Adib ketika ditemui, di sini hari ini. Sehubungan itu, katanya, mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri bagi mengantikan majlis perkahwinan anaknya itu yang dirancang, Sabtu ini. “Persiapan perkahwinan sudah dibatalkan, tiada apa yang perlu dilakukan lagi. Sekarang, kami mahu berehat…










