"Kalau tiada harta, letak kosong" - Muhyiddin - Utusan Malaysia

“Kalau tiada harta, letak kosong” – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Ahli Parlimen kerajaan yang belum membuat pengisytiharan harta dinasihatkan untuk segera berbuat demikian meskipun tidak mempunyai sebarang harta.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menjalankan tanggungjawab itu dengan membuat pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan jadual yang ditetapkan.

“Nasihat saya buatlah (mengisytiharkan harta), kalau tiada benda untuk diisytiharkan, letak kosong, ia lebih senang,” katanya dalam sidang akhbar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPRM yang mendedahkan seramai 13 ahli Parlimen kerajaan dan 24 setiausaha politik dilaporkan masih belum melakukan pengisytiharan harta setakat Jumaat lalu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menjelaskan beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada SPRM berikutan pendapatannya digunakan untuk menolong masyarakat India miskin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai prestasi Menteri Besar dalam kalangan ahli Bersatu, Muhyiddin menjelaskan, ada yang menunjukkan prestasi bagus dan sebaliknya.

“Saya tidak mahu memberi komen sangat memandangkan saya juga seorang menteri. Apa yang penting, mereka perlu faham tugas berikutan masih baru menjadi Menteri Besar.

“Mereka mungkin tiada pengalaman sebab baru dilantik selain perlu segera meningkatkan prestasi kerana rakyat sentiasa menilai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN