Kalau hebat main 
di Itali – Ronaldo - Utusan Malaysia

Kalau hebat main 
di Itali – Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 11 Dis. – Penyerang Juventus Cristiano Ronaldo mencabar Lionel Messi agar meninggalkan Barcelona dan menandatangani kelab baharu di Itali.

Pemain kebangsaan Portugal itu menyertai juara Serie A, Ju­ven­tus daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan 99.2 ju­ta pound (RM521.37 juta) pada musim ini.

Ronaldo dan penyerang Argentina, Messi, 31 tahun itu telah lama dianggap sebagai pemain terbaik dunia yang menyaksikan masing-masing pernah me­menangi lima Ballon d’Or sebelum pemain Real Madrid, Luka Modric muncul penerima anu­gerah tersebut pada tahun ini.

“Saya sangat suka andai dia dapat datang ke Itali satu hari nanti.

“Saya harap dia mene­rima cabaran seperti saya namun jika dia gembira di sana saya menghormati­nya,” kata Ronaldo.

Ronaldo telah bersa­ma Real Madrid selama sembilan musim sejak berhijrah daripada Manchester United pada 2009 manakala Messi telah menghabiskan seluruh kariernya bersama Barcelona.

Dalam pada itu, Ronaldo turut berpendapat Messi lebih merinduinya berikutan telah lama beraksi dalam La Liga bersama.

“Mungkin dia yang merindui saya. Bagi saya kehidupan adalah cabaran dan saya gemarkannya kerana ia juga akan gembirakan orang lain.

“Dia adalah pemain yang cukup menakjubkan dan ini adalah kehidupan baharu saya.

“Saya tinggalkan zon sele­sa untuk menghadapi ca­ba­ran di Turin dan semuanya berjalan dengan baik di sini,” kata Ronal­do. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN