Kak Bi mana gaji ‘ambo’ - Piya - Utusan Malaysia

Kak Bi mana gaji ‘ambo’ – Piya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 Dis. – Bekas jeneral padang The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi kecewa dengan sikap membisu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung tunggakan gajinya yang masih belum dilunaskan oleh badan induk itu.

Mohd. Badhri atau Piya yang sah bersama Perlis musim 2019 berkata, dia berhak membuat tuntutan ini memandangkan kontraknya bersama TRW tamat pada hujung November lalu.

Menurutnya, kali terakhir dia menerima bayaran separuh gaji pada April lalu selepas badan induk itu mengugurkannya daripada skuad TRW.

“Walaupun tiada dalam perancangan, namun kontrak saya bersama Kafa hanya tamat pada hujung November lalu.

“Sebagai pemain, saya ingin menuntut hak tersebut. Hampir tujuh bulan saya terpaksa mengikat ‘perut’ menunggu gaji seperti ‘buah yang tidak mahu gugur’,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musim 2018 menjadi detik hitam buat pemain berjersi No.16 itu apabila dia digugurkan secara mengejut oleh Kafa pada pertegahan musim.

Penguguran itu sekaligus menenggelamkan kerier anak kelahiran Kampung Atas Paloh di sini dalam arena bola sepak.

Bagaimanapun, bintang kerier pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 kembali bernyawa apabila Perlis melamarnya untuk memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2019.

Piya memberitahu, apa yang membuatkan dia kecewa Kafa hanya memanggilnya sekali sahaja untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Katanya, selepas itu tiada lagi usaha yang dilakukan oleh Kafa untuk mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN