SELEPAS hampir tiga tahun hidup menjanda, penyanyi dangdut popular Amelina mengakui masih trauma untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati selepas bercerai dengan bekas suami, Redhuan sekitar 2016. Menyedari keenam-enam anaknya, Puteri Nur Atirah, 17, Putera Al Affiq, 16, Putera Al Asyraff, 15, Puteri Nur Asyurah, 13, Putera Al Arffa, 11, dan Putera Al Amzar, 9, membesar tanpa kasih sayang seorang ayah membuatkan Amelina lebih berhati-hati dalam soal memilih pasangan.…










