KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak pernah membisu berhubung tunggakan gaji bekas ketua pasukan The Red Warrior (TRW) Mohd. Badri Mohd. Radzi seperti didakwa pemain terbabit semalam. Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya tidak bersikap ‘lepas tangan’ terhadap mana-mana pemain yang menandatangani kontrak bersama persatuan itu. “Sebelum ini, kita memanggil dia (Mohd Badri) beberapa kali bagi membincangkan perkara berkaitan tunggakan gajinya, namun pihak kami tidak mendapat…










