KOTA BHARU 19 Dis. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih lagi mencari pengganti Yusri Che Lah bagi mengemudi The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Perdana 2019. Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pada awalnya Kafa mempunyai calon untuk menggantikan Yusri namun terpaksa dilupakan kerana jurulatih itu masih mempunyai kontrak dengan orang lain. Menurutnya, buat masa kini, pengarah teknikal pasukan itu, Jorg Peter Steinebrunner diberikan mandat untuk mengendalikan…










