KUALA LUMPUR – Kadar pemakaian tali pinggang keledar masih rendah lagi di negara ini hingga mengakibatkan pemandu atau penumpang cedera parah mahupun melibatkan kematian, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara ini boleh dielakkan jika aspek pemakaian tali pinggang keledar ditekankan, kesedaran orang ramai ditingkatkan, dan aktiviti penguatkuasaan diperhebatkan. “Pada masa ini, kadar pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu berada pada kadar 90…










