KUALA LUMPUR 16 Dis. – Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas) akan melancarkan produk yang paling diminati ramai, Jus Nusantara dengan pembungkusan baharu pada harga RM98 berbanding harga buat masa ini RM148.
Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, beliau terpanggil untuk menurunkan harga setelah mendengar keluhan pengguna setia yang berpuas hati terhadap keberkesanan produk itu tetapi kurang berkemampuan.
Katanya, ini kerana terdapat segelintir pengguna Jus Nusantara yang tidak mampu meneruskan pengambilan jus berkenaan kerana harga yang agak mahal buat mereka.
“Oleh itu, terdetik di hati saya untuk memberi harga kasih sayang supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat Jus Nusantara ini.
“Saya berniaga bukan atas dasar duit semata-mata tetapi atas dasar keprihatinan, kejayaan khasiat produk yang berkesan dan kepuasan pengguna adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan matlamat saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Almas yang bermula sejak 2006 kini sudah mempunyai lebih 30 produk. Antara yang paling laris, Jus Nusantara, Charisma, Jus Qasih Sayang, Jamu Sri Dara, Almas Cafe dan Slimdah Fiber Sol Cafe.
Kebanyakan produknya mengutamakan kesihatan dalaman dan luaran wanita serta pencerahan kulit. Tidak lama lagi, Almas juga akan mengeluarkan produk madu asli.
Almas ketika ini sedang menyusun strategi baharu untuk mempelbagaikan perniagaannya dan tidak tertumpu kepada segmen kecantikan dan kesihatan semata-mata.
Beliau yang sudah menceburi bidang kecantikan dan kesihatan lebih 30 tahun mengakui persaingan di dalam industri berkenaan amat sengit dan mempunyai pelbagai cabaran.
“Rahsia untuk sesebuah entiti perniagaan kekal bertahan dan relevan adalah dengan menghasilkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya.
Dalam pada itu, Maziah berkata, Jus Qasih Sayang merupakan antara produk yang boleh dimanfaatkan golongan wanita kerana tidak banyak syarikat di luar sana yang menawarkan produk sedemikian rupa lebih-lebih lagi pada kadar harga berpatutan.
“Jus Qasih Sayang baik untuk dalaman wanita dan juga membantu mengatasi masalah tubuh badan berbau tengik menjadi harum.
“Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat Jus Qasih Sayang, boleh lawati laman web kami, Instagram dan Facebook Almas atau terus hubungi hotline 019-2122005 dan 03-60214005,” katanya.
Jus Qasih Sayang dihasilkan daripada kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.
Mengenai peluasan ke peringkat antarabangsa, Maziah akui memang mendapat permintaan dari pasaran luar seperti Indonesia.
“Saya sedang berusaha ke arah itu untuk melihat produk Almas di pasaran antarabangsa,” katanya.










