KUANTAN – Seorang jururawat Hospital Segamat Johor serta bayinya yang berusia lapan bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di jalan utama Felda Selancar, Muazam Shah, Rompin pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin, Asistan Superintandan Azli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, kereta jenis Produa Alza yang dipandu mangsa, Rahimah Jaffar, 34, dari simpang Selancar menghala ke Perwira Jaya terbabas ketika dipercayai cuba mengelak lubang…










